Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendi-kiawan dan sarjana dalam pelbagai bidang. Sebahagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi, perubatan, falsafah, sastera, dan sebagainya. Salah seorang mereka ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai Ibn Bajjah. Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M). Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibn Bajjah juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun begitu beliau juga seorang yang hafiz al-Quran. Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah dilahirkan di Andalusia. Walau bagaimanapun, kehebatannya turut terserlah dalam bidang politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa. Lebih menakjubkan lagi apabila beliau dapat menguasai ilmu matematik, fizik, dan falak. Pada kesempatan itu beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik. Kemampuannya menguasai berbagai-bagai ilmu itu menjadikannya seorang sarjana yang teragung bahkan tiada bandingannya di Andalusia dan barangkali di dunia Islam. Jadi, sumbangannya dalam bidang keilmuan begitu besar sekali. Dalam bidang falsafah umpamanya, Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotle. Dalam bidang ini beliau telah mengemukakan gagasan falsafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah yang bersarang dalam hati dan diri manusia. Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Kalau masyarakat itu tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan menyendiri. Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam "Risalah al-Wida" dan kitab "Tadbir al-Muttawwahid" yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan menyendiri. Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab tersebut sama dengan buku "al-Madinah al'Fadhilah" yang ditulis oleh al-Farabi. Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan. Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang. Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf. Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul "aI-Nafs" yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi. Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain meskipun beliau turut mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan, algebra, dan sebagainya. Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibn Bajjah berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. Justeru itu, apa yang diyakini itulah sebenarnya satu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan tidak benar. Sebenarnya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunakan logik. Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafizik. Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza. Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidang matematik dan fizik sememangnya diperakui tetapi beliau tidak cuba menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sebaliknya ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik. Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah. Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung. Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat. Sesuai dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan penghormatan yang tinggi oleh orang Murabbitin. Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia yang masih muda. Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia. |
![]() |
Tuesday, November 30, 2010
Ibn Bajjah
Posted by mR. adiB's BloG at 9:40 AM 0 comments
Badi'uzzaman Sa'id Nursi
Detik tanggal tahun 1924, merupakan sejarah hitam buat Kerajaan
Uthmaniyah apabila Kamal Ataturk menguasai Turki. Sistem Khalifah
yang menjadi mercu tanda kekukuhan negara Islam, mansuh akibat
pengaruh Barat pimpinannya.
Pada ketika itulah muncul tokoh ilmuwan terulung dalam sejarah Turki
iaitu Badi'uzzaman Sa'id Nursi. Beliau telah mengorbankan seluruh
kehidupannya demi perjuangan untuk mengembalikan keagungan Islam
yang musnah itu.
Ketika itu, agama dilihat sebagai faktor kemunduran dan kelemahan
umat. Fahaman sekularisme, materialisme, dan ateisme pula diterima
baik oleh masyarakat tempatan atas nama kebebasan dan kemajuan.
Badi'uzzaman atau nama sebenar Sa'id bin Mirza dilahirkan pada tahun
1876 (1294H) di Nurs, sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan,
Turki. Beliau juga dikenali sebagai Sa'id al-Nursi yang merujuk kepada
tempat kelahirannya.
Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga petani yang hidup serba
sederhana. Ibu dan bapanya berketurunan Kurdis dan mereka dikatakan
berasal daripada salasilah keturunan Ahl dl-Bayt. Nursi pernah diberi
gelaran Badi'azzaman (Keunggulan Zaman) oleh gurunya, Syeikh
Fathu'llah. Walau bagaimanapun Nursi menolak kerana merasakan
dirinya belum layak menerima gelaran itu.
Sejak kecil lagi Nursi telah memperlihatkan minatnya untuk menimba
ilmu pengetahuan. Beliau sangat gemar menghadiri majlis perbincangan
ilmu antara ulama yang sering diadakan di rumah ayahnya. Suasana
keilmuan ini memberikan pengaruh yang besar pada jiwa dan pemikiran
Nursi. Minatnya itu menyuburkan pemikiran analisis-kritis, dialog, dan
perdebatan.
Nursi mula merantau ketika umurnya sembilan tahun dalam usahanya
untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan ramai
alim ulama termasuk Syeikh Muhammad al-Jalali di Madrasah Bayazid
bersempadan Iran. Di bawah bimbingan Syeikh Muhammad al-Jalali,
Nursi telah mempelajari dan menguasai kitab-kitab muktabar seperti
Jam' al-Jawami, Sharh al-M.awaqif, dan Ibn Hajar.
Disinilah bermulanya proses awal perkembangan dan pembentukan
pemikiran Nursi. Peluang di peringkat ini amat berharga pada Nursi, lalu
sentiasa meneruskan pengajian dengan beberapa orang tokoh ilmuwan
terkenal. Keterampilan beliau mula menampakkan ketokohan sebagai
seorang ulama, lalu dikenali waktu itu sebagai ulama muda yang hebat.
Gabenor Bitlis, Umar Basha sangat mencintai ilmu dan memuliakan ulama.
Oleh sebab itu beliau mempelawa Nursi supaya tinggal di kediaman
beliau yang mempunyai sebuah perpustakaan besar. Nursi tidak
melepaskan peluang itu demi memenuhi cita-citanya. Umar Basha
memberi peluang kepada Nursi untuk mendalami dan menghafal
kitab-kitab seperti aI-MataIi, al-Mawaaif, dan al-Mirqat. Dalam tempoh
dua tahun di kediaman Gabenor itu, beliau telah berjaya menguasai ilmu
al-kalam, mantik, nahu, tafsir, hadith, dan fiqh dengan mantap.
Tetapi, minatnya untuk meneruskan usaha memperluaskan ilmu
pengetahuan menyebabkan beliau meninggalkan Bitlis. Dalam
pengembaraannya itu beliau menyambut pelawaan Gabenor Hasan
Basha untuk berkhidmat di Wan sebagai ulama iaitu pada tahun 1897
(1314H).
Setelah beberapa ketika tinggal di kediaman Hasan Basha, Nursi sekali
lagi dijemput untuk tinggal di kediaman Tahir Basha, Gabenor baru di
Wan. Ketika berada di Wan, Nursi sempat bertemu dan berdialog
dengan tokoh-tokoh ilmuwan moden. Kerana menyedari kelemahannya
dalam bidang ilmu moden, mendorong beliau berusaha mempelajari dan
mendalami ilmu-ilmu sains moden seperti fizik, kimia, biologi, ilmu kaji
bumi, dan astronomi.
Selain ilmu sains beliau turut mempelajari ilmu sejarah, matematik,
geografi, dan falsafah moden. Setelah menguasai bidang agama dan
ilmu sains moden, sekali lagi Nursi diberi gelaran sebagai Badi'uzzaman.
Gelaran tersebut diterima bahkan dijadikan sebahagian daripada nama
beliau.
Pengalamannya semasa menuntut ilmu memberikan kesedaran pada
beliau betapa perlunya dilakukan perubahan terhadap sistem pendidikan.
Oleh sebab itu, beliau telah bertindak menggabungkan dua cabang ilmu
iaitu ilmu agama dan ilmu sains moden yang sebelum itu telah
dipisahkan.
Nursi berazam untuk mengubah persepsi negatif masyarakat yang
berpandangan bahawa ilmu agama dan ilmu sains moden tidak boleh
digabungkan. Pendekatan beliau ini dilaksanakan semasa kerjayanya
sebagai seorang guru di madrasahnya yang dikenali sebagai Madrasah
Khur Khur.
Nursi berpendirian bahawa umat Islam perlu menguasai kedua-dua
cabang ilmu tersebut demi masa depan umat Islam seluruhnya. Beliau
juga gigih berusaha untuk menubuhkan universiti yang akan dinamakan
Madrasat al-Zahra di Timur Turki. Walau bagaimanapun, usaha beliau
itu gagal kerana tidak mendapatkan persetujuan daripada golongan
yang berpengaruh di Istanbul.
Sungguhpun begitu, Nursi terus berusaha untuk merealisasikan diri
umat Islam sebagai "Umat Contoh". Pengamatan dan kesedaran Nursi
itu telah mendorong beliau mengatur gerakan ke arah mereformasi
sistem pendidikan yang wujud pada zamannya. Beliau berpendirian
teguh bahawa dalam dunia moden hari ini, ilmu-ilmu agama dan
ilmu-ilmu sains moden perlu bergerak seiring.
Apabila Turki diisytiharkan sebagai sebuah negara Republik pada
29 Oktober 1923, Turki bertukar wajah menjadi sebuah negara sekular.
Kamal Ataturk melaksanakan dasar-dasar pemerintahan berlandaskan
fahaman sekularisme yang anti-Islam.
Untuk menentang dasar itu, Nursi kemudiannya menyokong
pembentukan Parti Demokratik Turki. Harapannya agar dapat
melaksanakan pemerintahan yang adil dan sedikit kebebasan diberikan
kepada gerakan Islam. Menurut Nursi, sekiranya Kerajaan Sekular boleh
membenarkan fahaman ateis, mengapa tidak dibenarkan Islam bergerak
dengan bebas.
Nursi mempunyai pandangan yang lain tentang konsep "kebebasan"
yang dilihatnya sebagai satu keperluan asas. Keperluan ini harus
dihormati dalam setiap agama dan bangsa. Namun, konsep "kebebasan"
itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan memandangkan pengisian maksud
"kebebasan" yang tidak selari dengan peraturan Islam.
Atas hasrat inilah ketika perisytiharan perlembagaan negara, Nursi
berjuang untuk menegakkan corak pemerintahan berasaskan
Perlembagaan yang berteraskan kepada syariat Islam. Walau
bagaimanapun, perjuangan suci beliau itu mendapat tentangan daripada
golongan yang masih belum memahami kehebatan isi kandungan
al-Quran.
Nursi berpandangan bahawa kesedaran serta kefahaman yang jelas
perlu diusahakan meskipun memakan masa yang panjang. Yang penting
isi kandungan al-Quran benar-benar difahami. Beliau menyedari bahawa
kekerasan hanya mencetuskan permusuhan dan tidak membawa
sebarang kebaikan kepada manusia.
Dalam usaha itu, Nursi menyeru umat Islam agar menilai golongan yang
masih ragu-ragu terhadap Islam. Mereka perlu dikenal pasti sama ada
dalam kalangan umat Islam mahupun kaum bukan Islam. Mereka yang
terlibat itu dianggap sebagai satu golongan yang memerlukan bantuan
dan tunjuk ajar daripada umat Islam. Beliau sama sekali tidak mahu
terus melabelkan mereka sebagai musuh. Melalui kaedah ini, seruan
Islam lebih mudah disampaikan dan dapat diterima baik oleh masyarakat.
Rasa'il al-Niir merupakan karya teragung Nursi yang merupakan
khazanah berharga sumbangan pemikiran beliau. Karya agung ini
seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam sepanjang zaman.
Sebenarnya, Rasa'il al-Nur merupakan satu tafsiran terhadap maksud
al-Quran al-Karim. Secara umum isi kandungan kitab ini merangkumi
persoalan keimanan.
Menurut Nursi, satu-satunya rujukan dalam menghasilkan kitab
Rasa'il al-Nur ini ialah kitab suci al-Quran al-Karim. Antara persoalan
yang menjadi kupasan dalam karyanya itu ialah seperti ilmu
Mustalah al'Hadith, falsafah, Ilm al-Kalam, dan ilmu Tasawuf.
Dalam perbahasan mengenai Mustalah al-Hadith, Nursi menekankan
hadith-hadith yang sering dipertikaikan masyarakat. Di sini, beliau telah
mengemukakan perbahasan yang menarik. Antara yang dibahaskan
ialah yang berkaitan dengan kisah Dajjal, turunnya Nabi Isa a.s, Imam
Mahdi, Nabi Khaidir, Malaikat, tanda-tanda kiamat, dan sebagainya.
Dalam memperkatakan tentang falsafah, Nursi dalam risalah
al-Madfchol ila al-Nur menulis bahawa falsafah yang ditentang ialah
falsafah yang merosakkan manusia dan yang menentang agama. Oleh
sebab itulah, pelajar-pelajar aliran falsafah moden tidak menentang
Rasa'il al-Nitr, malah mereka sama-sama menyokong kandungan
Rasa'il al-Nur tanpa sebarang keraguan.
Rasa'il al-Nur turut memuatkan perbahasan mengenai Ilm
al-Kalam. Dalam risalah al-Maktubat misalnya, Nursi menulis
bahawa ma'rrfatullah yang dibentangkan oleh al-Razi melalui
kaedah Ilm al-Kalam itu mengandungi kelemahan dan
kekurangan pada pandangan Ibn al-Arabi. Ma'rifatullah yang
terhasil melalui jalan Tasawuf juga mempunyai kelemahan jika
dibandingkan dengan ma'rifah yang dibentangkan oleh pewaris
nabi. Ulama pewaris nabi dalam kupasannya ialah mereka yang
menurut manhaj al-Quran.
Rasa'il al-Nur juga memuatkan ajaran tasawuf. Tetapi kupasan
mengenainya tidak bermaksud menjadikan pembaca seorang ahli sufi.
Dalam hal ini, Nursi sering kali menyebut bahawa zaman ini bukan
zaman tasawuf atau tarekat, sebaliknya merupakan zaman untuk
menyelamatkan iman umat manusia.
Jelas dalam karya itu, beliau menyifatkan bahawa manusia tidak
mungkin dapat memasuki syurga tanpa iman, tetapi ramai juga yang
dapat memasuki syurga tanpa tasawuf. Manusia sememangnya tidak
dapat hidup tanpa roti (gandum), tetapi mereka boleh hidup tanpa
buah. Maka tasawuf itu ialah buah manakala hakikat Islam (keimanan)
itu ialah roti.
Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa sesungguhnya jika sekiranya
Syeikh Abd al-Qadir al-Jaylani dan Syeikh al-Naqshaband (pengasas
Tarekat Naqshabandiyah), Imam Rabbani, dan yang seumpama mereka,
hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala
kemampuan untuk memperteguh hakikat keimanan dan akidah Islam.
Hal ini demikian kerana kedua-duanya (iman dan akidah) sumber kepada
kebahagiaan yang sebenar dan abadi.
Rasa'il al-Nur mendapat sambutan yang baik dalam kalangan
umat Islam Turki dan juga mereka yang berada dinegara-negara
lain. Memandangkan isi kandungannya mempunyai
keistimewaan dan kelebihan tersendiri, kitab ini perlu disebar
kepada umat Islam di seluruh dunia. Menyedari kepentingan
ilmu, kitab Rosa'il al-Nitr ini diterjemahkan ke dalam beberapa
bahasa lain. Di samping bahasa Arab dan Inggeris, kitab
Rasa'il al-Nur juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman,
Itali, Perancis, Rusia, Rumania, Bulgaria, Parsi, Kurdi, Urdu, India,
Malaysia, dan beberapa bahasa lain Asia Tengah.
Kegigihan perjuangan ulama Islam silam walaupun menemui kegagalan
perlu diteladani oleh umat Islam akhir zaman ini. Yang paling penting,
masyarakat Islam boleh menilai kelemahan dan kekurangan masyarakat
ketika itu.
Perjuangan Badi'uzzaman Sa'id Nursi walaupun bermula sebelum
kemenangan Kamal Ataturk, namun umat Islam pada zaman itu terlalu
jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Oleh sebab banyak
usaha beliau ketika itu mendapat banyak tentangan daripada banyak
pihak. Tetapi seandainya umat Islam ketika itu mahu mengikut saranan
Badi'uzzaman sudah pasti Kamal Atartuk dapat dikalahkan dengan
mudah.
Oleh sebab itu, perjuangan Badi'uzzaman ini perlu disebarluaskan dalam
kalangan umat Islam agar dapat dijadikan panduan dalam memperkasa
iman dan akidah umat Islam. Supaya peristiwa itu tidak berlaku lagi,
maka wajar umat Islam di negara ini menilai saranan tokoh ini. Antara
saranannya yang penting ialah supaya umat Islam menguasai ilmu sains
moden yang diasaskan atas dasar islamisasi.

Posted by mR. adiB's BloG at 9:39 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)